Berdoa sudah. Merintih sudah.
Tapi,
Kenapa Allah masih belum kabulkan?
Kenapa Allah 'hukum' sebegini kian?
Kenapa selepas satu kegagalan, Kau hadiahkan lagi kegagalan.?
Masih belum sembuh kelukaan, Kau torehkan luka diatas kelukaan.
Perih. Memang perih.
Pedih. Memang pedih.
Dunia ibarat tidak bercahaya. Hidup ibarat tidak bermakna.
Ya Rabb, dimana silapnya? Apakah tidak berhak bagiku mengecapi sebuah kesenangan?
Merenung sejenak..
Tiba-tiba teringat satu peristiwa dahulu yang diceritakan oleh seorang ustaz.
Terdapat seorang hamba Allah yang tiap-tiap hari bersungguh-sungguh merintih kepada Allah di hadapan kaabah agar dimakbulkan doanya, sehingga bergegar Arasy Allah.
Maka berkata malaikat kepada Allah, "Ya Allah, Kau makbulkanlah doa si fulan ini, kasihanilah dia, tiap-tiap hari merintih memohon doanya dikabulkan sehingga bergegar Arasy-Mu".
Jawab Allah, " Aku bukan tidak ingin makbulkan doanya, tapi Aku tangguhkan, kerna Aku tahu bahawa selepas Aku memakbulkan doanya ini, Aku sudah tidak lagi mendengar rintihannya, Aku rindu mendengar rintihannya, jadi, Aku akan makbulkan doanya setelah dia benar-benar dipautkan rasa ketakwaan dan cintanya kepada Aku".
Dunia kembali bercahaya. senyum :)
Thursday, 31 May 2018
Wednesday, 30 May 2018
MORAL VALUE
Sedikit sambungan dari kisah TAKDIR.TAHFIZ
Teman-teman,
moral dari kisah TAKDIR.TAHFIZ yang admin post sebelum ini ialah, setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi penghafal Al-Quran.
Iya, benar.
Tindakannya ialah dengan kita berdoa bersungguh-sungguh dan tetapkan niat yang ikhlas kerana ALLAH. Jika permulaan hafalan adalah kerana inginkan nama dan kemuliaan, percayalah yang kalian pasti akan menemui kesulitan yang teramat untuk menjaga hafalan.
Sahabat,
Masih belum terlambat lagi jika kita ingin memulakannya sekarang, ditambah pula masih didalam bulan ramadhan. Gunakan peluang yang ada ini untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH melalui Al-QURAN.
Tipu jika tiada keperitan dalam menjaga Kalamullah, tapi dengan keperitan itulah yang akhirnya membuahkan rasa kemanisan.
Akhir kalam, semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa diberikan rasa kemanisan berada diatas jalan yang diredhaiNya. amin
KERNA AKU MANUSIA
Aku lantang berbicara soal kesabaran menimpa ujian.
Aku lantang berbicara soal doa hamba ditangguhkan.
Aku bijak menyusun kata berprasangka baiklah pada Tuhan.
Aku bijak menyusun kata bertabahlah dengan kegagalan.
Namun hakikatnya...
Akulah yang cepat melatah dikala ujian menimpa.
Akulah yg cepat mempertikaikan kenapa doa tak diterima.
Akulah yang kuat berprasangka kepada tuhan yang mencipta.
akulah yang kuat berkeluh kesah disaat kekecewaan melanda.
Ya, itulah aku.
..Manusia..
Iman dikala ada jatuh dan bangunnya.
Tidak pernah terlepas daripada perilaku dosa.
Tidak pernah culas dari syak wasangka.
Tidak pernah terlolos dari maksiat dan noda.
Dengan apa yang berlaku, cuma perlu bermuhasabah agar tidak terkandas dari landasan yang sedia ada.
TAKDIR. TAHFIZ
Suatu ketika dahulu..
Terdapat seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah mendapat
5A UPSR.
Gembira sang ayah. Belum pernah ada anak sang ayah yang
mendapat keputusan secemerlang itu. Lalu dengan harapan yang menggunung, sang
ayah ingin anaknya dimasukkan ke sekolah tahfiz.
Anak itu tidak mengerti apa-apa kala itu. Yang anaknya tahu
akan dimasukkan ke sekolah asrama penuh. Girang anak itu. Memang cita-citanya
ingin masuk asrama. Kononnya
Anak itu follow the flow. Pergi interview.
Pergi ujian bertulis. Akhirnya mendapat surat tawaran masuk ke sekolah tahfiz
tersebut. Anak itu bersemangat dan gembira. Apatah lagi perasaan sang ayah.
Persediaan dibuat satu persatu sehingga tibalah hari pertama
pendaftaran. Anak itu memulakan kehidupan di sekolah tahfiz.
Kelakar. Anak itu sebenarnya kurang jelas dengan sekolah
baru didaftarkan itu. Si anak menyangka sekolah itu hanya sekadar yang mempunyai
hafalan quran sepertimana kelas kafa dulu. Hafal surah-surah dalam buku sahaja.
Rupanya tidak. Anak itu hanya membawa kitab mathurat dan yasin. Itupun diambil satu
dari lambakan goodies yang sentiasa ‘mencanak’ setiap kali ibu dan
ayahnya pulang dari kenduri kahwin.
Mathurat dan yasin tu pun dibawa anak itu ke asrama untuk
diletakkan sebelah bantal kononnya sebagai pendinding diri, takut dengan gangguan makhluk halus yang
mana asrama selalu dikaitkan dengan adegan mistik.
Hari pertama masuk kelas. Ustazah tanya mana Alquran? anak
itu hanya tersengih dan melihat rakan-rakan yang lain semua mempunyai alquran.
Jadi, anak itu minta izin dengan gurunya untuk membeli Alquran di koperasi
sekolah.
Maka barulah anak itu mempunyai Alquran yang khusus untuk
menghafal. Alhamdulillah.
Hari-hari dilalui di asrama membuatkan anak itu mula berasa homesick.
Menangis di penjuru tangga asrama. Melihat pokok getah yang tersusun elok
tanamannya. Menangis dek kerinduan pada
ibu dan ayah. Menangisi bahawa sukarnya untuk menghafal. Apabila telah ingat
satu ayat, beralih ke ayat lain, bila sudah beralih, yang sudah dihafal lari
tidak meninggalkan jejak. Begitulah hari-hari yang dilalui anak itu.
Anak itu tidak pernah mengeluarkan kata ingin berhenti. Anak
itu lalui sahaja kehidupan sebegitu.
Sehinggakan pencapaian hafalan pada tahun pertama itu merosot.
Dimasukkan ke dalam kelas intensif bagi mengejar sukatan hafalan yang
ditetapkan sekolah. Cuti ditahan 4 hari dari 7 hari yang sepatutnya pelajar
boleh mula bercuti. Anak itu cuma boleh balik selepas 4 hari ditahan. Baki cuma
3 hari sahaja. Sedih
Anak itu redha dalam terpaksa. Sejak dari kelas intensif
itu, anak itu terus memasang niat
bersungguh-sungguh dalam menghafal. Dan alhamdulillah ada peningkatan.
Maka tiba tahun ketiga pengajian, keluarga anak itu dilanda
masalah ekonomi. Ayahnya berhenti kerja selama setahun. Ayahnya menasihati
anaknya supaya berpindah sekolah agama biasa. Bukan sekolah tahfiz berasrama.
Dek kerana kurang mampu untuk membayar yuran bulanan yang mencecah jumlah RM300.
iya, bagi sesetengah rakannya yang lain, jumlah tersebut bukanlah jumlah yang besar
kerana kebanyakkan ibubapa kepada rakan-rakannya merupakan golongan berada, ada
YB, ada doktor, ada orang bisnes, ada pensyarah dan lain-lain. Kewangan
bukanlah masalah utama mereka.
Rasa kecintaan pada quran itu sudah mula berputik dalam hati
si anak. Rasa sayang kepada sekolah sudah bertapak kukuh dalam jiwanya. Rasa
sebak melanda dalam diri si anak kala itu.
Anak itu berdoa bersungguh-sungguh agar Allah izinkan dia
meneruskan di sekolah tersebut sehingga khatam. Anak itu meminta kepada ALLAH
agar ayahnya mendapat kerja dalam tempoh terdekat. Allah belum memakbulkan lagi
doanya itu. Tapi Allah hantarkan bantuan dari sumber yang tidak
disangka-sangka. Allah detikkan hati rakan-rakan untuk menolong, Allah detikkan
hati orang dermawan diluar sana. Allah detikkan hati nenek yang sememangnya
mempunyai harta simpanan. Allah hadirkan pertolongan itu melalui insan-insan
ini.
Alhamdulillah dalam tempoh setahun anak itu masih bertahan.
Dan penghujung tahun itu juga lah, ayahnya sudah mendapat kerja. Syukur
kehadrat Allah.
Maka, dilalui hari-hari di sekolah tersebut dengan
menghabiskan hafalan 30 juz. Setelah 4 tahun 5 bulan, anak itu akhirnya berjaya
menamatkan hafalannya. Sujud syukur pada Rabnya. Anak itu takut jika Allah
tidak memilih dia menjadi alhafiz. Anak itu gusar setelah mendengar tazkirah
dari ustaz bahawa alhafiz ini sebenarnya yang terpilih sahaja. Ada sahaja
diluar sana, baki cuma lagi satu juzuk untuk khatam, tapi Allah tidak izinkan,
maka tidak dapat juga khatam.
Pada saat itu, sebak didada menyelubungi jiwa raga. Berderau
darah panas mengalir seluruh badan dikala setiap surah-surah akhir dibaca dan
diikuti rakan-rakan. Berdiri bulu roma disaat surah an-nas dibaca hadapan guru.
Berjurai air mata dikala guru memeluk mengucapkan tahniah dan takziah.
Sejak dari itu, bermulalah tugas anak itu sebagai hamlatul
Quran. Bermulalah pemikulan amanah terbesar dalam hidup anak itu.
coretan,
anak itu
Subscribe to:
Comments (Atom)