First thing first, sebelum
memulakan hafalan pastikan niat kena betul, niat kena lillahitaala.
Dengar cliché kan ? senang cerita
macam ni, niat nak hafal quran ni bukan sebab nak nama kita disebut-sebut
nanti, niat nak hafal quran ni bukan sebab nak orang pandang kita mulia, niat
nak hafal quran bukan sebab prospek guru tahfiz meluas. Niat betul-betul kita
nak hafal kalam ALLAH. Kalam ALLAH bermaksud kata-kata ALLAH, kata-kata ALLAH
sahabat-sahabat, bukan kata-kata Dr.M, bukan kata-kata Syafiq Kyle, bukan
kata-kata mirafilzah.. kata-kata pencipta kita. Jadi, bolehlah perlahan-lahan
set niat kerana ALLAH.
Maka, disini saya ingin sertakan
sedikit cara menghafal quran..
1) TIKRAR
Kaedah ini first
time saya dengar sewaktu saya menghadiri satu Seminar Metode Hafalan di
Indonesia. Kaedah tikrar ni memerlukan daya usaha yang tinggi dan istiqomah.
Sebab apa? Sebab namanya juga tikrar, tikrar diambil dari bahasa arab yang
bermaksud “ulang”. Kaedah ini tidak membebankan otak, sebab kita tidak perlu
pun berusaha mengingat, tapi kita perlu kerajinan dan sabar sahaja.
Macam mana? Ulang baca setiap ayat sebanyak 40
kali. Iya, 40 kali. Baca tengok tau. Kalau nak senang beli sahaja Quran Tikrar.
Memang ada dijual di kedai, tapi aslinya dari Indonesia. Di quran itu memang
dah disediakan siap-siap column untuk kita tanda berapa banyak kita ulang ayat
tersebut. Untuk bilangan baca tu bagi saya cukup 20 kali pun dah kira okay,
tapi nak lagi mantap, baca 40 kali, baru terus masuk ke ingatan kekal. In Shaa
ALLAH.
2) HAFAL DENGAN MAKSUD
Kaedah ni memang
kaedah paling saya suka. Sebab disamping kita hafal, kita boleh tahu maksud
sekali, tidaklah kita hafal memb**** buta. Kaedah ini seronok bagi sesiapa yang
ada basic bahasa arab, bagi yang tiada basic arab, mereka akan sedikit sulit
untuk guna kaedah ini. Macam mana nak hafal guna maksud? Senang ja, baca ayat
quran tu, dan lihat maksud dia, fahami apa yang ALLAH nak bagitahu pada ayat
tersebut, then match kan ayat quran tu dengan terjemahan. Nak mudah, beli
sahaja quran terjemahan perkata, dalam tu dah siap-siap ditulis terjemahan pada
setiap ayat quran.. ALLAHU, senang sungguh! Jadi bila kita dah tahu maksud,
ketika kita baca tu ibarat kita tengah bercerita tapi dalam bahasa arab. Syok
kan.hee
Untuk entri kali ini itu sahaja
dulu, in shaa ALLAH akan ada sambungannya nanti. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment